PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA atau lebih dikenali sebagai “SENIMAN” telah didaftar dengan rasminya pada tahun 1974 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) adalah persatuan artis yang paling lama ditubuhkan untuk memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia. Ditubuhkan pada 1974 hasil usaha sama Ahli Parlimen Setapak, Idris Ibrahim, pelakon Zainuddin Zimbo dan beberapa pelakon Studio Merdeka, Kuala Lumpur.